link ig : https://instagram.com/adlinahanim/
So sebagai pemakai contact lens aku nak share serba sedikit tentang tips2 nak pakai n nak jaga contact lens.
Aku pakai contact lens ni on off jugak. means ade tahun aku pakai la cukup setahun tapi ade tahun aku pakai kejap dan pakai spek. sebab pakai lens of course la nak nampak muda. sebab tak semua muka sesuai pakai spek. macam aku kalau pakai spek nampak lagi tua. hehe.
tapi tahun ni aku pakai straight je time g kls time keluar.. aku pakai lens tukar2. bukan stick satu jenama je. sebelum ni aku pakai yang clear jenama acuvue then skarang dah tukar minat pakai yang ade kaler plak.. (overconfident)
tapi solution aku tak tukar aku stick dengan satu solution je jenama bausch + lomb. yang solution ni aku pakai dari mula2 aku pakai contact lens masa form 4 dulu. form 4 tu dalam 9 tahun lepas. dulu aku pakai baush+lomb yang re-nu. Tapi masa beli contacts lens yang baru ni chinese girl kat kdai spek tu cakap bausch + lomb ade keluarkan yang baru. bio true. then aku beli la nak cuba. alhamdulillah sepanjang aku pakai solution ni dah nak masuk bulan ke 4 memang ok. ni dah guna botol ketiga.
benda paling penting aku rasa (in my opinion) bila pakai contact lens ni, ko jangan kedekut solutions. sebab solution tu masa nak pakai kalu letak banyak la paling bagus sebab mata akan sentiasa basah dan tak mudah kering (macam sama je)... masa rendamkan means bila ko nak simpan lens tu pastikan lens tu betul2 tenggalam dalam solution tu. jangan biarkan ia berenang2 di muara. ok.
dan sebabkan da ade kes pasal ulser mata ni seeloknya hadkan masa pakai lens. means bila balik rumah je tanggalkan terus lens. kalau boleh jangan pakai 8 jam straight. kalau rasa nak pakai lama buatla macam aku buat. masa tengah pakai tu buang kejap dan basahkan cuci2 sikit dan pakai balik. mesti ade kan time korang pergi toilet ke tengok cermin ke. buat la masa tu. xlama pun biasa aku buat dalam 4-5 min je.
dan sebabkan selangor dah jerebu sekarang aku amik alternative untuk bawak solution botol kecik kemana2 aje aku pergi. so bila rasa mata dah nak kering korang boleh titikkan macam eye mo tu. xperlu tanggalkan lens. yang penting mata kena basah dan xkering (macam sm lagi).
tips ni aku dapat dari masa mula2 aku beli lens dulu. chinese girl tu cakap solution ni function dia sama je macam eye mo. so sape2 yang pakai lens ni just beli yang botol kecik dan titik je time mata rasa kering. kalau botol besar agak susah nak buat. tapi kat rumah aku bantai je titik pakai botol besar sebab malas nak capai yang kecik.
so ni lah tips2 aku pakai lens ni. kalau boleh solutions tu cari la yag bersesuaian ngan mata.
p/s: jangan stay kat tempat panas lama2 ye kalau pakai lens kalau nak stay jugak sila pakai spek.




0 comments:
Post a Comment