~~~Instead of All The Yummy Food~~

Salam ramadhan. Alhamdulillah saya masih lagi bernafas dan dapat merasai nikmat bulan ramadhan. Ni nak story la sikit pasal dah balik kampung sejak ari jumaat yang lalu, kiranya nak masuk tiga hari kat kelantan ni. Dah dua hari berbuka n bersahur kat rumah. Tapi makan punya makan, ala2 tak sedar diri pun ade gak, tadi baru la teringat yang sebenarnya bulan puasa ni ade plan nak diet. Even kat u pun dah kurangkan makan. Tapi bila balik rumah ni faham2 la. Diet ntah kemana perginya, melantak la semua makanan yang terhidang kat depan mata. Actually start perasan yang xdiet masa nak mengaji lepas subuh tadi. Rasa mengah sebab baru lepas makan nasi sepinggan. Biasanya tak macam tu pasal sahur pun ala kadar je. Tak pun sahur awal so bila dah masuk subuh tu perut dah lengang sikit.

So, bila dah teringat ni, kena la sambung plan diet balik. Bukan tak makan terus cuma kurangkan kuantiti makanan. Kalau biasa makan nasi, cuba la makan makanan yang sama khasiat ngan nasi, macam roti ke, buah ke,urrmmm.... nak nasihat lebih2 pun, saya pun xkurus lagi. (a.k.a gemuk, debab, dan yang seangkatan dengannya) Balik u nanti ingat nak jogging la. Orang cakap kalau nak jogging jangan ajak kawan. Betul ke?? takut nanti bila kawan da xnak jogging kita pun ikut tak jogging skalik. Tapi kalau nak jogging sorang2 pun segan gak sebenarnya. =_="

Target nak turunkan berat badan sebeleum grad nanti. Almaklum la da sem 6 da. Skang pun da start buat crunches. Crunches ni ala2 sit up jugak. bezanya kita bagun dari terbaring tu jangan sampai duduk. Ni untuk elakkan tekanan pada bontot atau pinggul. So, yang ni betul2 nak fokuskan pada bahagian abdomen je. Muka pun dah berminyak ni pasal asyik makan makanan berlemak je. Haih.. Nafsu memang susah nak kawal bulan puasa ni. Tapi harap2 la hati ni cekal nak turunkan berat badan.



nak kurus macam ni la...


nak badan macam ni.. T.T

p/s: nak jogging kat rumah takut.. anjing banyak.

Share on Google Plus

Author Sya Jemi

hai. tq for reading. please come again.
    Blogger Comment

0 comments: